Remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai hilang di kawasan rekreasi dan perkelahan Pasir Puteri, Sungai Lembing pada Jumaat, berjaya ditemui sekitar jam 6.10, petang Sabtu.<br /><br />Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, mangsa, Amirun Mohamad yang berbaju hitam dan berseluar pendek dijumpai sejauh 6.2 kilometer dari lokasi mangsa mandi.
